Kita yang memilih untuk menentukan bahagia, dan tenang menjalani kehidupan. Jika rasa tidak selesa mahu berbicara dengan orang kisah kita usahlah buka cerita. Lebih baik diam dari berkata-kata.
.
Ada orang tanya aku berapa lama ambil masa untuk tempoh bertenang dan bercerita tentang status diri. Seseorang pernah menasihati aku, “ambillah masa berapa lama mahu bertenang. Lepaskan kenangan lama perlahan-lahan supaya tak membeban fikiran untuk hari hadapan. Kemudian bangkitlah. Jika sudah sedia, barulah kongsi.”
.
Aku mulai faham apa yang beliau maksudkan. Sekarang, aku boleh menjawab dengan penuh yakin. Aku perlukan masa lebih kurang setahun juga.
.
Tempoh bertenang ni memang diperlukan. Ikutlah masa yang kau perlukan. Aku hanya kongsi ikut pengalaman. 3-6 bulan pertama memang aku tak kuat berkongsi. Asal buka cerita ada titik air mata mengalir deras.
.
Alhamdulillah setahun berlalu perlahan-lahan kenangan itu dibawa angin lalu. Tapi usah dijentik kerana ia akan hadir dalam memori.