Tuesday, August 6, 2019

Rindu

Aku : Turun naik hantar surat, dokumen bagai ni tak penat ke. Sayang wassap pun boleh.

Dia : Tak pe. Eksesais hehhe

Aku : Ye ke eksesais. Saja laa tu nak turun bawah tengok isteri buat kerja kan. Rinduuu la tu. Tu sengih-sengih. Tau dah tektik awak.

Sarapan

Bila suami isteri satu office.

"Sweetnya la suami datang hantar breakfast."

"Hehehe sweet laa jugakan. Dia dah makan kat rumah. Kita ni belum sarapan. Kalau tak belikan tapau makan lapar berdondang sayang la perut saya." 

Lipat Baju 2

Sebenarnya, sebelum aku cerita aku ni tak berapa gemar melipat baju, abah aku dah war-warkan pada suami.

Satu petang ketika kami baru berkahwin. Suami angkat baju di ampaian dan dia lipat semua baju dalam bakul. Beberapa hari di rumah ma aku dia buat perkara yang sama ni.

Maka, tugas abah lipat baju minggu tu dah diambil alih oleh suami aku.

"Nampaknya untung kaklong ni. Dah ada orang gantikan abah tolong lipatkan baju kat rumah nanti. Nasib baik Hasrul ada lepas ni. Kalau tidak berbakul-bakul baju tak dilipat."

Suami aku dengar tersenyum je. Aku yang mendengar nak tepuk dahi juga. Abah dah bocorkan rahsia anak perempuan dia yang terlalu rajin ni.

Lipat Baju

Sedang aku menanti untuk mesyuarat bermula, di hujung sebelah sana terdengar rakan-rakan berbual.

Pegawai A : "Esok dah cuti. Saya kalau hari cuti waktu ni lah saya mengemas, basuh baju, lipat baju."

Pegawai B : "Saya pula waktu cuti mesti berbakul-bakul baju nak lipat. Hari kerja tak sempat nak lipat baju. Hari cutilah boleh buat semua."

Pegawai C : "Kan, lipat bajulah benda paling leceh sekali. hahaha"

Sambil mereka sembang, sambil mereka gelak.

Aku yang jauh ni dengar dan rasa bersyukur. Kerja-kerja lipat baju ni aku tak pernah buat sepanjang perkahwinan aku dan suami.

Memang kerja tu aku dah bagi sepenuhnya pada suami.

Mula-mula dulu aku nak bagitau suami aku tak berapa rajin lipat baju segan juga kan. Jadi aku bagitau lah, kerja rumah kita buat bersama. Tolong jemur baju, lipat baju dan buang sampah pun dah cukup best sangat aku rasa.

Jadi suami aku pun ok je buat pembahagian tugas dan kerja tu di rumah. Alhamdulillah. Aku urut dada lega.

Bahagia

Petang semalam aku dan suami ke sekolah anak-anak nak ambil report card.
Sambil tunggu giliran, suami tengok keliling.
"Kita je yang datang berdua. Orang lain datang seorang. Budak tu pulak mak ayah langsung tak boleh datang. Kakak dia yang datang."
Aku luah pada suami, kalau dulu pergi sekolah ambil report card anak pun pergi sendiri. Tak pernah dihantar apatah lagi pergi bersama.
Suami senyum dan komen sekarang tak perlu sendiri lagi.
Sampai taska, "Saya tengok setiap kereta yang hantar anak semuanya mak-mak yang hantar. Atau ayah-ayah. Seorang diri juga."
Jadi konsepnya bersyukurlah bila kita boleh bersama ke mana sahaja.
Tuhan dah uji kita pernah sendiri. Bila kita tenang dan tabah Tuhan tahu kita boleh terimanya dengan reda.
Harini Tuhan beri kita kegembiraan dan peluang untuk sentiasa bersama. Raikan dengan penuh kasih sayang.
Kami sebar aura kasih sayang ini. Semoga yang melihatnya juga akan turut bahagia. Dan moga kalian juga akan dapat kebahagiaan itu.
#aizmenulis

Mudahnya lelaki ni!

Bila tiba hari jumaat, kami suami isteri selalu akan merancang untuk pakai baju warna sedondon atau baju korporat jika nak sama.

"Sayang, awak pakai baju apa esok. Saya rasa tak de kemeja baru dah nak pakai. Semua ketat. Saya pakai baju korporat la."

"Baju korporat lagi? Minggu lepaskan dah pakai. Minggu ni pakai la baju lain pula."

"Alaa, bukan orang ingat pun. Minggu lepas saya pakai dengan seluar hitam, minggu ni pakai dengan seluar coklat pula."

Mudahnya lelaki. Aku juga yang penat fikir mahu pakai baju apa. Sealmari baju pun masih kata tak de baju lagi nak pakai.

Periuk Api

Betul la teori orang lelaki, tudung isteri yang sudah bergosak cantik terletak namanya periuk api.

Sedang aku bersiap, Raisha masuk bilik dan duduk tepi katil.

Daddy : Raisha jangan sentuh periuk api tu. Mama marah nanti

Raisha : Haa apa? Apa tu periuk api?

Daddy : Raisha tak faham lagi tu. Nanti dah besar mesti Raisha sendiri tahu. Mesti Raisha pun marah kalau orang sentuh tudung Raisha.

Aset Berharga

"Apa tu. Bukan main ke depan dah?'"

"Ni la aset yang paling berharga sekali. (sambil mengusap-gusap perutnya yang sudah boroi)"

Hahha tergelak besar aku

Monday, July 29, 2019

Hargai Setiap Detik Dengan Anak-anak

Suami kata untunglah yang ada anak dekat, boleh peluk dan main setiap masa.
Kalau anak dah jauh, dapat ingat kenangan, tengok gambar dan video je.
Aku yang dengar pun kadang terus insaf.
Hargai setiap apa yang ada dengan kita. Hargai dan habiskan masa bersama anak sebelum mereka membesar. Sebelum mereka jauh dari kita. Sebelum kita tak sempat merasai semuanya. 

Kasih Seorang Bapa



Ombak dan pantai bukti kasih sayang seorang bapa. Walau terpisah setiap hari nama mereka akan sentiasa meniti di bibirnya. Setiap hari akan berusaha untuk video call anak-anak.
Tapi pertemuan kali ini mungkin sedikit mengecewakan. Anak-anak tak dapat mesra lebih. Dalam waktu yang agak singkat, dengan keadaan persekitaran dan emosi anak-anak yang perlukan lebih masa untuk mesra.
Aku meluah rasa pada suami, sedangkan anak-anak sedara aku yang baru sebulan dua berjumpa PakLongnya, bila sesekali berjumpa sibuk bertanya itu ini, minta dukung. Inikan pula anak-anaknya yang baru sebulan dua berpisah. Sepatutnya bila berjumpa daddy pasti teruja dan rindu.
Aku tanya, kenapa mereka agak berbeza. Seolah takut nak dekat. Lebih lagi bila nampak uminya ada di situ. Tapi bila uminya tiada, dengan aku pun mereka minta dukung, ditanya daddy ke mana. Suami hanya menjawab, pasti ada sesuatu yang umi mereka katakan hingga dia sendiri tak sempat bermesra dengan anak.
Satu yang aku belajar dari kisah hidup suami. Walau benci, marah macam mana sekalipun dengan bekas pasangan, usah tiup api kemarahan itu pada anak-anak. Usah sogok anak-anak dengan kata yang tidak baik tentang pasangan.
Cubalah sebaiknya rendahkan ego. Pujuk dan dorong kata baik kepada anak agar mereka rasa teruja berjumpa ibu atau ayah mereka. Bukannya ugutan, caci maki dan amarah.

Asid Folik Untuk Suami

"Sayang, asid folik ni suami pun boleh makan rupanya. Tengok artikel ni." 

Masa aku keguguran beberapa bulan lepas, Si Dia tekun mencari macam-macam info dan tip hinggalah menemukan dia pada artikel yang menyatakan suami juga boleh amalkan pengambilan asid folik. Kalau ikutkan, aku pun baru tahu sebenarnya. 

Selama ni aku hanya tahu wanita yang merancang untuk hamil sahaja digalakkan ambil asid folik sebagai makanan tambahan. Untuk kematangan telur ovum, pembentukan palcenta dan membina sel-sel baru. Kalau isteri kurang asid folik akan jejaskan bayi dalam kandungan. 

Rupanya sesuai juga untuk suami. Untuk membantu memperbanyakkan kuantiti sperma dan meningkatkan kualiti sperma. 

Suami yang amalkan asid folik dapat meningkatkan jumlah sperma dan menurunkan jumlah sperma yang tak berkualiti. Dan rupanya barulah aku tahu asid folik juga membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki, dan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.  Ini berdasarkan artikel yang aku baca dalam satu kajian di Nijmegen, Belanda pada Mac 2002

Lepas je baca artikel tu suami aku mula amalkan makan asid folik. Jom suami isteri yang sedang merancang untuk hamil, boleh amalkan makan bersama. Nak sweet, suami ambilkan vitamin untuk isteri dan suap ke mulut isteri. Atau sebaliknya. Kan seronok tu. 

Pengenalan

Jangan pernah menyesal kerana mengenali seseorang dalam hidupmu.
Kerana orang yang buruk akan memberi pengalaman. Orang yang jahat memberi pelajaran. Orang yang baik memberimu kebahagiaan.
Semoga ada sinar kebahagiaan menanti. 

AADK

Cerita setahun lepas tapi aku terlupa nak masuk blog.  Jenuh juga mencari di FB tadi. Gara-gara sedang mencari tarikh yang berkaitan dengan posting ni. Tepek sini sebagai kenangan.


1 Ogos 2018
Si Dia : Pagi tadi ada pemeriksaan dari AADK.  Saya dah tersangkut.

Aku :  Sangkut?

Si Dia : Haa ye laaa. Dah tersangkut di hati awak!

Aduhhhh sweet sangat buat I berdebar je bila dengar tau.

Testimoni

Masa suami aku beli seluar online haritu, balik rumah lepas try ok semua dia suruh aku ambik gambar dan sent feedback pada seller.
Aku pun sambil nak hantar gambar, sambil tanya dia, "Awak ni memang suka bagi feedback pada sellerkan. Beli kat Shopee & Lazada pun siap bagi rating. Kalau sayang, confirm lupa punya nak rate, bagi feedback semua."
"Sayang kan seller juga. Apa yang sayang harap daripada customer. Mesti feedback positif kan."
Owhhh ye laa. Ermm, aku terlupa sesuatu di situ. Macam mana aku harap testimoni daripada pembeli begitu jugalah seller lain harap testimoni daripada buyer mereka.
"Ermmmmm, tapi kan. Awak lupa nak bagi testimoni sesuatu yang awak dah beli."
"Eh, mana ada lagi. Seluar ni je yang saya beli online bulan ni."
"Awak dah beli hati saya. Tak de pun bagi testimoni ke feedback."
Chia chia chia.. Tersipu malu pulak aku kenakan dia. Tu laa selalu kita je terkena. Dia ingat isteri dia tak pandai bagi pickup line ke. 🤣🤣

Tip Uji Lelaki

Sharing aku share di fb tentang tip nak uji lelaki pemarah atau tak haritu ramai pulak yang kononnya nak uji untuk bakal pasangan, dan anak menantu. Berguna jugalah tip tu rupanya.
Hari ni siap ada yang baik tip lain pula. Katanya, "X cukup😂😂😂 cara paling bagus uji sifat lelaki ialah.........
Jom kita g bandar + jem + dan berpanas.. Tetibe sesatkan dia. Time ni yesss u will see the true him..p/s: sila bawakla sekali anak2/kawan2."
Hahaha ok jawapan aku, yesss I dah try pun cara ni. Nasib baik si dia sabar dan bertabah. Aku juga nak bebel jem tak sudah-sudah. 
Masa tu kami menempuh jem ke Cyberjaya semata-mata nak ke Butik Madre je pun. Padahal boleh je beli online. Masa tu bawa juga Maisarah (anak si dia). Nasib baik anak ni tidur je sepanjang jalan.
Dengan jem melekat jugalah waktu tu, aku je yang bebel tak henti rasa macam menyesal pulak meredah jauh-jauh penatkan si dia. Nasib baik dia sabar je. Buatnya dia nak patah balik tak jadi pergi, tak ke haru hehehe.
Eh tapi part yang jem, hilang dari radar terlepas follow ni aku memang tak boleh lupa masa pertama kali kami berjumpa dulu.
Masa tu masing-masing bawa kereta sendiri. Dia follow aku nak ikut balik rumah, nak tahu rumah di mana. Entah macam mana, masa tu kami berdua terpaksa jawab call. So masing-masing duk fokus bercakap di telefon. Dan tanpa sedar aku mula perasan kereta dia dah hilang dari penglihatan.
Yang dia pula tersalah masuk jalan, sebab ingat aku masuk simpang tu.
So kitorang pun janji jumpa satu tempat. Yang sebenarnya aku nerbes juga. Aku dah la tak berapa pandai nak tunjuk jalan pada orang. Takut dia makin sesat, aku yang gelabah tak tahu nak cari mana bila dia bagitau ada di kawasan sekian².
Alhamdulillah duk pusing-pusing mencari tu kami bertembung di pusingan berdekatan dengan Aeon Tebrau. Terus aku rasa lega ya amat.
Lepas kejadian tu, bila aku tanya dia semula, jawapannya "saya tak sanggup kehilangan awak walaupun sekejap, macam hilang masa mula-mula saya follow nak balik dulu."
Semoga aku juga tak akan kehilangan dia. 

Isteri Cantik

Dia : Sayang, tengok tak kenapa Wawa Zainal dan Hanis Zalikha tu cantik berseri.

Aku : Kenapa? Tanya macam musykil. Dalam hati mesti minat mereka sebab tu puji cantik.

Dia : Perasan tak, husband dorang kan bagi kasih sayang sepenuhnya. Tengok dalam IG tu sweet-sweet je.

Samalah macam sayang. Saya bagi kasih sayang sepenuhnya pada cinta hati ni. Sebab tu laa Ummi di Taska Raisha tadi tanya kenapa muka sayang flawless berseri-seri. Itulah rahsianya. heheheh


Kawan, dalam konteks rumahtangga ni usah digaduhkan siapa yang menjaga siapa. Isteri sudah semestinya menjaga suami, dan suami pula sewajibnya menjaga isteri.

Tak kiralah tanggungjawab berbentuk nafkah, kasih sayang, pertolongan, pujian, atau apa sahaja semuanya perlu saling memberi.

Satu ketika dulu, kerana kemusnahan rumahtangga pertama aku berjanji dengan diri sendiri jika ditakdirkan aku berkahwin semula, aku mahu menjaga suami dengan sebaiknya.

Menjaga makan minum, pakaian, keperluan, kasih sayang atau apa sahaja keperluannya. Mungkin dulu aku juga ada salah sendiri. Jadi untuk kali kedua aku perlu berusaha menjadi isteri yang terbaik.

Si Dia juga setakat ini alhamdulillah tak pernah culas memanjakan aku, menjaga aku sebaiknya.

Orang kata bila kita dah kahwin semula masing-masing sudah belajar dari kesilapan. Untuk perkahwinan kedua pastinya mahu berikan yang terbaik.

Begitulah kawan. Tak semestinya perlu melalui proses kedua. Yang pertama itulah sebenarnya yang terbaik kita harus berikan. Semuanya terletak di tangan sendiri, baik isteri mahupun suami.

Saling menjaga, saling berkasih sayang, saling memberi. Maka harmonilah dan bahagialah rumahtangga